BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 21, 2009

Lawatan Ke Terengganu

'Im A Sailor Man'(mcm popeye lah plak)..sedang brlayar di laut china selatan(padahal kt muzium terengganu)...hehehe....



Jumaat,1 Mei 09-

Aku bertolak dari Terengganu daripada sekolah aku iaitu S.M.K Tenggaroh A pada pukul 10 malam.Aku berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama ak hendak menjejakkan kaki di bumi Terengganu.Aku duduk dibarisan belakang bersama kawan sekelasku,Ainudin.Kami didalam bas tidak boleh duduk diam kerana terlalu excited.Abgku,Zulkifli turut ikut dalam lawatan ini.Dia duduk di depanku bersama teman karibnya,Apis yang juga jiranku.Diorang tidur pukul 11 setengah sebab boring coz laptop abg aku dh abis bateri.Aku pula tertidur pukul 12 setelah berkaroeke besama kawan2ku didalam bas.



abg aku(sebelah kiri) ngan kawan dier,Sharafuddin


Sabtu,2 Mei 09-

Aku tersedar dari tidur lebih kurang pukul 6 pagi.Aku turun dari bas dan berjalan kaki ke Homestay Batu Buruk sejauh 500 meter.Sampai je kt Homestay,Eimer terus melompat kegirangan ke atas tilam.krakkk....kami sedar kayu sebelah kiri tilam dh patah...apelagi,kecut perutlah eimer tpi dier buat muka selmber jer....


Eimer si gemuk


Firqin mata empat



Aku(Zak_spyro77)di Homestay..


Pukul 8 setengah kami bertolak ke destinasi yang pertama iaitu Muzium Terengganu.Kami berasa sangat kagum dengan keunikan muzium.Aku,Ainudin dan Eimer berjaln bersama-sama di muzium selama 2 jam.



Fuyoo..bergayee....


Aku ngan Udin...Fire2

Mendayung di atas darat..


Selepas itu kami pergi ke destinasi seterusnya....Taman Tamadun Islam.Kami tidak dapat menghabiskan perjalanan kerana kepenatan.Tetapi saya dapat mengambil beberapa gambar replika masjid di TTI.








Pada waktu petang kami sempat mengunjungi Noor Arfa Batek.tpi aku x beli ape2 coz mahal sangat.


Abang aku ngan kawan2 dier.


Ahad,3 Mei 09-

Kami berkemas kemas nk balik.Kami telah meletakkan batu untuk diletakkan mengantikan kayu yang patah..nk cover..hehehe....kami sempat membeli belah di Pasar Payang.Aku telah membeli buah tangan dan kraftangan untuk dibawa pulang ke Johor...ok la...sampai di sini sajelah diari semasa lawatanku ke Terengganu.